Wednesday, January 17, 2024

 Setiap hari, setiap pagi akan terjaga awal, 

o.k., Isnin hingga Jumaat, pukul 5.30am siap kan sarapan untuk Batrisyia, 6.30am hantar Batrisyia ke sekolah, balik rumah baru breakfast, yang penting ada kopi. 

Sambil tengok video sambil minum kopi...ahhh lega. hilang stress sekejap. 

Hari tak tahu nak cari kek birthday dimana. kena survey satu persatu tempat. Terlalu mani pun tak best juga. 'potong kaki'...kah...kah.kah...bunyi gelak dalam penulisan....yeahhhh. 

Batrisyia kata, dia nak kek Vanilla, mana pula nak cari kek Vanilla. Budak2 ni selalunya makan kek coklat..ni nak yang Vanilla pula. 

Esok pagi2 nak kena memasak pula. Nasib tahun akhir..kalau tidak, malas juga nak memasak. 

o.k. setakat ini sahaja yang boleh di taip. 


Bye. 

Monday, January 15, 2024

SESUATU YANG SUSAH NAK DIUNGKAPKAN

2024,masih di Changkat jering, tapi dengan perbezaan kehidupan untuk tahun yang baru, 15hb Februari pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan.

Sakit yang dah lama, kebiasaannya, apabila menjadi kritikal baru ada niat nak berjumpa doktor. Bukan tak nak jumpa doktor, tapi setiap kali jumpa doktor, tiada rawatan lanjut diperlukan. Jadi hanya jumpa untuk dapatkan ubat tahan sakit sahaja. 

Bila keadaan dah menunjukkan bukti bahawa sakit tu memerlukan rawatan lanjut, baru lah doktor bagi surat untuk rawatan. Nasib baik berada di Taiping, jika tidak tak pergi jumpa doktor, sebab malas nak menunggu. 

Untuk makluman, jika saya masih di KL, rasanya tak kan pergi jumpa doktor, sebaliknya hanya dapatkan ubat tahan sakit. 

Berbalik pada rawatan, ketumbuhan masih tak pasti kan membawa kepada kanser atau tidak. tapi berdoa untuk tidak ada kanser. 

Procedure masih tak tahu, akan di ceritakan bila tiba masanya. 

Sampai disini sahaja. akan menaip lagi. Bila ada idea datang.